top of page

Sifat Bahan

  • Jelas dan tepat

- contoh, jika bahan itu disampaikan dalam bentuk teks, ayat dan kosa kata yang digunakan perlukan betul dan tepat. Jika gambar yang digunakan sebagai bahan, gambar tersebut harus betul-betul jelas dan menepati objektif pengajaran.

  • Menarik

- Contohnya, guru boleh memasukkan warna-warna tertentu untuk menjadikan bahan itu lebih menarik. Namun begitu, guru perlu berhati-hati dalam mengadun warna terutama memilih warna yang dapat dilihat dari jauh.

  • Tidak sensitif

-Contohnya, menggunakan jenama minuman keras dan gambar khinzir dalam bahan pengajaran. Sedapat mungkin guru cuba elakkan daripada menggunakan hal-hal seperti ini kerana ia dapat meninggalkan kesan emosi yang buruk kepada pelajar.

  • Selamat digunakan

- Contohnya, kaset memerlukan perakam, transterensi memerlukan projektor overhed, dan video memerlukan perekam video dan peti televisyen. Sebelum menggunakan peralatan tersebut guru perlu memastikan bahawa bahan dan alat tersebut selamat digunakan.

  • Mudah dibawa

  • Mudah dikendalikan

-Sebilangan guru mempunyai kemahiran menggunakan program `power point’ untuk membuat persembahan melalui LCD. Persembahan ini menjadi menarik kerana pelbagai animasi boleh dilakukan semasa persembahan. Namun begitu, persembahan seperti ini perlukan kemahiran yang tinggi. Bagi guru yang tidak berkemahiran, cara-cara lain yang lebih mudah boleh digunakan sebagai alternatif.

  • Bahan baharu

-contohnya pengajaran dan pembelajaran melalui Akhbar Dalam Darjah dan Majalah Dalam Darjah perlu dipraktikkan kerana bahan yang terdapat dalam akhbar dan majalah selalunya kemas kini berbanding dengan bahan dalam buku teks.

  • Pembelajaran melalui bahan multimedia

- contohnya pengguunaan online learning dan padlet bagi memvariasikan kaedah pengajaran dan menarik minat pelajar.

bottom of page