top of page

Definisi

  • Bahan pengajaran ialah benda maujud yang digunakan dalam pengajaran untuk menyampaikan maklumat.

  • bahan pengajaran ini boleh jadi terdiri daripada benda yang telah sedia ada di sekeliling kita atau sesuatu yang dibina manusia sama ada guru sendiri yang membina bahan tersebut atau dibeli dari kedai.

  • Antara bahan pengajaran yang biasa dipakai guru ialah kertas latihan, pita suara, kaset, peta, kertas lut sinar, cakera padat, cakera liut, gambar.

  •  Sebahagian daripada bahan ini perlu menggunakan alat tertentu sebagai media penyampaian seperti projektor overhed atau padlet apabila menyampaikan maklumat. 

  • Pada asasnya semua bahan pengajaran boleh dimanipulasi untuk menjadikan sesi pengajaran lebih menarik. Bagi guru yang kreatif bahan pengajaran ini diwarnakan dan dihiasi agar nampak lebih menarik.

bottom of page